MATLAMAT KUMPULAN PENDORONG SUSU IBU

Matlamat kami adalah untuk memberi maklumat tentang kebaikan susu ibu, nasihat dan sokongan berterusan kepada ibu-ibu mengandung dan juga ibu-ibu yang menyusukan.

Matlamat kumpulan ini juga untuk memberi panduan kepada ibu-ibu bagi meneruskan penyusuan sehingga anak damit berumur 2 tahun atau lebih.

Kumpulan ini terdiri daripada jururawat, ibu-bapa dan sesiapa saja yang percaya bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik dan sempurna bagi anak damit mereka.

Bagi biskita yang mempunyai sebarang persoalan, bolehlah meninggalkan pesanan di dalam chatterbox atau boleh menghubungi kami melalui e-mail juicymum@gmail.com

Bagi biskita yang ingin jadi ahli dalam kumpulan ini sila daftarkan diri dalam forum kami...

BREASTFEEDING FORUM

For those who wants to join our breastfeeding forum, please click the link below...

FORUM PENYUSUAN SUSU IBU

NEW/UPDATE

I'm planning to make a gallery of breastfeeding babies in Brunei. You all could send me the name, age n pictures through e-mail. What do you think? Please vote below if you agree or disagree..OK THANK YOU...

Picture gallery for breastfeeding babies in Brunei. What do you think?

Tuesday 9 September 2008

TANDA DAKAPAN ANAK DAMIT YANG BETUL BAGI PENGHISAPAN YANG BERTERUSAN

  • Perut anak damit menghadap perut ibu.
  • Muka anak damit dekat pada buah dada.


  • Ajai anak damit menyentuh buah dada.


  • Mulut anak damit terbuka luas, bibir bawah tergulung keluar macam mulut ikan.

  • Lingkaran hitam lebih banyak nampak dekat bibir atas jika dibandingkan dengan bibir bawah.

  • Anak damit menghisap dengan rentak perlahan tetapi dalam.

  • Kedengaran anak damit menelan ketika penyusuan.

  • Anak damit nampak tenang & puas selepas setiap penyusuan.

  • Puting susu ibu tidak terasa sakit.

PENYUSUAN & PENDAKAPAN

  • Pegang anak damit berhampiran & menghadap buah dada ibunya.
  • Anak damit perlu memasukkan komplex puting-lingkaran hitam ke dalam mulutnya untuk memindahkan air susu dengan berkesan.

  • Anak damit menyusu mengikut pusingan menghisap/menelan/bernafas.


  • Komplex puting-lingkaran hitam dan tisu buah dada di dalamnya berbentuk seperti puting di dalam mulut anak damit.

  • Gelombang peristalsis bermula dari hujung lidah bergerak ke belakang lidah/tekak.

  • Anak damit menelan air susu apabila mulutnya penuh dengan air susu.

  • Puting tiruan menyebabkan anak damit kekeliruan puting.

Saturday 6 September 2008

KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA ANAK DAMIT

· SEMPURNA kerana ia mengandungi semua zat makanan yang berkualiti istimewa dalam nisbah yang tepat bagi perkembangan dan kesihatan anak damit.

· SELAMAT kerana ia kaya dengan antibodi, vitamin A dan E yang dapat mencegah infeksi seperti cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan, radang paru-paru, jangkitan telinga (`otitis media’) serta menghindarkan alahan terutama ampus dan eczema.

· PENCAHAR kerana Kolostrum, cecair awal yang dihasilkan mengalakkan pembuangan mekonium (najis pertama) lalu mengelakkan penyakit kuning.

· UNIK kerana ia mengandungi `biofactors’ khusus untuk perkembangan otak dan mata. Ini merangsang daya intelek yang lebih baik.


· ISTIMEWA kerana ia boleh mewujudkan kasih sayang yang mendalam serta mengeratkan hubungan diantara ibu dan anak.

Wednesday 20 August 2008

Welcome...

Welcome to our blog.. This blog is new so we are still in progress in updating our blog and we will be posting as much information as possible on breastfeeding...